Kebanyakkan sistem pangkalan data adalah berasaskan model hierarki dan model rangkaian. Model hubungan baru diperkenalkan pada tahun 1970 melalui satu kertas seminar yang dibentangkan oleh E. F. CODD. Satu prototaip Sistem Pengurusan Pangkalan Data Hubungan (Relational Database Management System atau RDBMS) yang dikenali sebagai Sistem R telah dihasilkan oleh penyelidik-penyelidik di Makmal Penyelidikan IBM di Amerika Syarikat diakhir tahun 1970.
Model hubungan yang mempunyai struktur data yang mudah juga telah menjadi penyumbang kepada pembangunan sistem pengurusan pangkalan data bagi persekitaran komputer peribadi seperti Microsoft Access, FoxPro, Paradox dan lain-lain yang digunakan secara meluas hari ini.
Definisi.
Model hubungan ialah model yang menyimpan data dalam bentuk jadual hubungan. Setiap hubungan dibina oleh berapa rekod atau tupel.
Ciri-ciri model Pangkalan Data Hubungan
- Rekod dalam pangkalan data hubungan tidak mempunyai susunan yang tetap kerana hubungan hanya mewakili data secara logik/ abstrak sahaja.
- Nilai di dalam rekod adalah tersusun.
- Nilai atribut yang komposit (gabungan) tidak dibenarkan dalam hubungan. Nilai null digunakan untuk mengisi nilai atribut yang tidak diketahui atau tidak wujud dalam sesuatu tupel
Struktur model.
Hubungan diantara dua jadual dihasilkan oleh dua atribut dengan domain yang sama, satu domain untuk setiap satu jadual hubungan.
Setiap tupel yang mempunyai nilai yang sama dalam atribut tersebut dikatakan mempunyai hubungan logik, walaupun tidak berada dalam satu jadual yang sama
Struktur storan
Setiap hubungan dikendalikan secara fail berasingan. Tupel disimpan dalam storan tanpa mengikut susunan tetapi struktur storannya ditetapkan oleh pengguna. Model pangkalan data hubungan membenarkan pengguna menetapkan indeks secara dinamik, boleh memilih atribut untuk mengarahkan indeks dan boleh menghapuskan indeks secara dinamik.
Istilah dalam pangkalan data hubungan
- tupel = baris (rekod)
- atribut = nama lajur
- hubungan = jadual yang dilengkapi oleh baris dan lajur
- domain = jenis data yang menerangkan jenis maklumat yang terdapat dalam lajur.
Contoh Domain.
NO_PEND : 10 aksara
NAMA_PELAJAR : 50 aksara
ARIKH_DAFTAR : 8 digit
Atribut kekunci
Setiap tupel (rekod) dalam hubungan adalah unik iaitu setiap gabungan nilai untuk atribut bagi setiap tupel adalah berbeza. Nilai atribut kekunci digunakan untuk mengenalpasti satu tupel tertentu di dalam hubungan.
No comments:
Post a Comment