Algebra Hubungan
Definisi
Algebra hubungan merupakan sekumpulan operasi untuk memanipulasi keseluruhan hubungan. Operasi ini akan memilih tupel dari setiap hubungan dan menggabungkan tupel yang berhubungan dari beberapa hubungan untuk memenuhi permintaan untuk mencapai maklumat atau membuat pertanyaan. Operasi-operasi asas yang terkandung dalam algebra hubungan ialah operasi SELECT, PROJECT, JOIN dan set operasi yang menggunakan teori set matematik seperti ‘UNION’, ‘INTERSECTION’, ‘DIFFERENCE’ dan ‘CARTESIAN PRODUCT’.
Operasi SELECT
Operasi SELECT ialah operasi untuk mengeluarkan rekod yang memenuhi syarat yang ditetapkan dari satu hubungan tertentu.
OPERASI PROJECT
Operasi PROJECT ialah operasi untuk mengeluarkan atribut tertentu dari hubungan tertentu.
OPERASI SET
Sebelum membincangkan mengenai operasi set, kita perlu tahu apakah yang dimaksudkan dengan Gabung padan atau Union compatible. Dua hubungan dikatakan gabung padan apabila kedua-dua hubungan tersebut mempunyai bilangan atribut yang sama dan setiap pasangan atribut dalam kedua-dua hubungan mempunyai domain yang sama. Set operasi hanya boleh dijalankan jika kedua-dua hubungan tersebut adalah gabung padan. Jadual 6 menunjukkan contoh dua hubungan yang gabung padan.
BAHASA PERTANYAAN SQL
SQL merupakan bahasa tanpa prosedur. Ia merupakan antaramuka pengguna dengan DBMS. SQL juga merupakan satu set bahasa orientasi dan digunakan secara meluas pada masa ini. Penumpuan diberikan kepada tugas yang hendak dijalankan dan bukannya cara untuk menjalan kan tugas tersebut.
Definisi SQL:
SQL ialah bahasa pangkalan data yang komprehesif iaitu mempunyai pernyataan untuk definisi data, pertanyaan dan kemaskini.
Kelebihan Menggunakan SQL
- SQL merupakan bahasa tidak bertatacara dan pengguna hanya perlu menyatakan maklumat yang dikehendaki dan bukan bagaimana untuk mendapatkan sesuatu maklumat.
- Tidak menggunakan format tertentu.
- Boleh digunakan oleh semua pihak sama ada pengguna akhir, pereka pangkalan data dan pentadbiran.
- Mudah dipelajari kerana sinteksnya menggunakan bahasa inggeris mudah select, from dan where.
- Tidak peka kepada huruf kecil atau besar tetapi mesti ditaip seperti apa yang terdapat dalam pangkalan data.
Bahasa Manipulasi Data (DML) SQL
DML digunakan untuk menakrif struktur data iaitu untuk membina, mengubahsuai dan menghapus objek pangkalan data. DML juga digunalan untuk memperolehi semula atau mengubah data.
Sinteks Pertanyaan
SELECT [DISTINCT½ ALL ] { *½[column expression [AS new_name]] [,…]}
FROM table_name[ option ][…]
[WHERE condition]
[GROUP BY column_list] [ HAVING condition]
[ORDER BY column_list]
No comments:
Post a Comment