Pages

Tuesday, 6 November 2012

E4161 : U5 : Pengurusan

PENGURUSAN INGATAN

Pengurusan ingatan merupakan satu sumber bahan yang sangat penting. Tanpanya proses tidak mempunyai ruang untuk bertindak. Ia berfungsi untuk mengendalikan ingatan.

Tugas-tugas utamanya ialah :
  1. menentukan bahagian ingatan yang boleh digunakan dan bahagian yang tidak boleh digunakan. 
  2. menyediakan ingatan pada proses yang memerlukannya. 
  3. memelihara bahagian ingatan yang telah digunakan oleh satu proses supaya tidak diganggu oleh proses yang lain. 

Dari segi perkakasan, ingatan komputer dapat dibahagikan kepada 2 jenis:
  1. ingatan utama 
  2. storan bantuan 
Pemproses hanya boleh mencapai aturcara yang berada di dalam ingatan utama sahaja. Oleh itu satu aturcara yang hendak dilaksanakan mestilah dipindahkan dari storan bantuan ke dalam ingatan utama.

Selain dari 2 jenis yang dinyatakan di atas, kebanyakan komputer moden menyediakan satu lagi jenis ingatan yang dikenali sebagai ingatan para yang boleh digunakan bagi menyimpan aturcara yang mesti dicapai dengan cepat. Biasanya ingatan para ini hanya dikhaskan kegunaannya kepada sistem dan tidak boleh dicapai oleh pengguna biasa.


OBJEKTIF PENGURUSAN INGATAN
  1. lokasi semula 
  2. perlindungan 
  3. perkongsian 
  4. organisasi logikal 
  5. organisasi fizikal

KONSEP INGATAN MAYA 

Ingatan maya adalah ingatan yang disediakan oleh sistem pengoperasian kepada pengguna dan tugas pemetaan antara ingatan maya kepada ingatan sebenar dilakukan oleh sistem pengoperasian.


No comments:

Post a Comment