Pages

Wednesday, 7 November 2012

E4161 : U8 : KONSEP ASAS PANGKALAN DATA

KONSEP UMUM SISTEM PANGKALAN DATA

Pangkalan data digunakan dengan begitu meluas pada masa kini dimana ianya boleh didapati di kebanyakan organisasi samada kecil atau besar. Idea untuk membina sistem ini timbul apabila organisasi perlu menyimpan data tentang aktiviti harian mereka dan interaksi dengan persekitaran baru. Antara beberapa contoh penggunaan sistem pangkalan data ialah pasaraya, perpustakaan, universiti, agensi pelancongan, penempahan tiket penerbangan, tempahan untuk menyewa kereta dan industri perkilangan seperti contoh dirajah 8.1.






Definisi Sistem Pangkalan Data

Sebelum membincangkan Sistem Pangkalan Data dengan lebih mendalam, Kita perlu tahu membezakan antara data dan maklumat.

Data ialah fakta mengenai sesuatu benda, orang, entity, kejadian dan seumpamanya yang boleh direkodkan.

Maklumat pula ialah data yang telah diproses dan disusun atur ke dalam bentuk yang boleh digunakan untuk membuat keputusan.


Pangkalan data dapat didefinisikan sebagai sekumpulan data atau maklumat yang mempunyai hubungan secara logik diantara satu sama lain. lanya bertujuan untuk mengurangkan bilangan data lewah.
Data lewah berlaku apabila data yang sama muncul dalam beberapa fail yang berbeza. Data lewah akan mengakibatkan kesamaran di mana mungkin terdapat data yang sama tetapi menggunakan nama yang berlainan.


Sistem Pangkalan Data ialah sistem penyimpanan rekod berkomputer iaitu satu sistem yang boleh mengemas kini maklumat dan memberi maklumat tertentu apabila diminta. Sistem Pangkalan Data dibina oleh pangkalan data dan perisian yang mengendalikan pangkalan data tersebut.

sistem pangkalan data terbahagi kepada 2 iaitu:





Ciri Pangkalan Data

  1. Pangkalan data ialah sekumpulan data yang logikal dimana data adalah berkaitan antara satu sama lain.
  2. Pangkalan Data direkabentuk, dicipta dan dilengkapkan dengan data bagi memenuhi kegunaan pengguna tertentu.
  3. Pangkalan data adalah mengambarkan maklumat didalam dunia sebenar yang boleh juga dinamakan sebagai “miniworld”.

Saiz Pangkalan Data

  1. Pangkalan Data boleh dibina dalam bentuk yang ringkas seperti senarai nama dan alamat.
  2. Pangkalan Data boleh juga dibina dalam bentuk yang kompleks seperti pangkalan data cukai pendapatan dan jabatan imegresen.

Perbandingan Antara Sistem Pangkalan Data Dengan Sistem Fail



Sistem Pangkalan Data

  1. Data dapat dikongsi oleh beberapa pengguna serentak.
  2. Dalam DBMS. terdapat perisian yang mengawal keserentakan untuk membolehkan proses kemaskini data oleh ramai pengguna
  3. Dengan sistem pangkalan data, DBMS dapat mengawal keselamatan data dari digunakan oleh pengguna yang tidak sah. 
  4. Melalui sistem ini, data dapat disepadukan dan, memberi kawalan berpusat keatas piawaian. 
  5. Selain itu, DBMS memudahkan kemasukan data yang baru dan penyuntingan.

Sistem Fail
  1. Data hanya dapat di gunakan oleh seorang pengguna pada satu-satu masa
  2. Fail yang dikemaskini mungkin mengandungi data yang bertentangan dengan data yang sebenar disebabkan pengemaskinian tidak dilakukan oleh pengguna akhir 
  3. Data tidak dapat dikawal oleh pengguna yang tidak sah kerana tiada kawalan keselamatan yang dilakukan.
  4. Membazirkan ruang sekiranya terdapat data yang berulang.



Kebaikan dan Keburukan Pangkalan Data

Kebaikan

  • Mengurangkan data lewah
  • Mengurangkan ralat pengemaskinian 
  • Meningkatkan capaian data kepada pengguna 
  • Meningkatkan keselamatan data 
  • Mengurangkan kos kemasukan data, kos storan dan kos dapat semula 
  • Mengalakkan perkembangan aturcara penggunaan yang baru.

Keburukan
  • Sistem pangkalan data adalah rumit, susah dan mengambil masa yang lama untuk direkabentuk
  • Kos permulaan perkakasan dan perisian yang banyak 
  • Kerosakan kepada pangkalan data boleh melibatkan semua aturcara 
  • Kos penukaran yang tinggi daripada sistem berasaskan fail kepada sistem pangkalan data 
  • Latihan awal diperlukan untuk semua pengaturcara dan pengguna










No comments:

Post a Comment