Sistem pengoperasian telah ditakrifkan sebagai satu set rutin atau aturcara yang setiap satunya boleh digunakan bagi satu tujuan yang tertentu. Satu proses boleh melibatkan pelaksanaan satu atau lebih aturcara. Perlaksanaan rutin-rutin ini menghasilkan satu atau lebih aktiviti yang boleh digunakan bagi melaksanakan sesuatu tugas. Misalnya apabila pengguna ingin mengkompilasikan satu sturcara, sistem pengoperasian perlu menggerakkan aktiviti pengkompilasian. Begitu juga bila pengguna ingin mencetak sesuatu, sistem pengoperasian perlu menggerakkan aktiviti bagi mengendalikan pencetak. Aktiviti jenis ini disebut sebagai ‘proses’.
Sebelum kita meneruskan sesi pembelajaran, eloklah kita mengetahui definisi bagi istilah yang sering digunakan dalam sistem pengoperasian:
Proses : Melakukan operasi atau siri operasi pada sesuatu supaya menghasilkan kesudahan.
Program : Set kenyataan atau arahan yang sesuai untuk pemprosesan oleh komputer.
Pemproses : Perkakasan yang mentafsir dan melaksanakan arahan.
PENGURUSAN PROSES
Bila berlaku proses perlaksanaan atau menambah proses yang baru :-
Mod Perlaksanaan.
- Sistem pengoperasian membina struktur data yang dipanggil Process Control Block (PCB).
- Sistem pengoperasian menyediakan ruang alamat untuk digunakan oleh proses itu.
Mod Perlaksanaan.
Mod pengguna
Mod sistem / mod kawalan / mod kernell
- Mod pengguna biasanya program-program pengguna dilaksanakan dalam mod ini.
Mod sistem / mod kawalan / mod kernell
- Hak keistimewaan mod sistem adalah lebih lagi daripada mod pengguna.
- Mod kernell, perisian mempunyai kawalan yang lengkap terhadap pemproses dan segala arahan-arahannya, register dan ingatan.
Process Control Block (PCB)
PCB merupakan struktur data yang mengandungi maklumat penting mengenai proses yang terdiri daripada:
- keadaan semasa proses
- pengenalan yang unik terhadap proses
- penunjuk kepada induk proses
- penunjuk kepada anak proses
- keutamaan proses
- penunjuk yang menunjuk proses dalam ingatan
- penunjuk yang menentukan sumberbahan
- pendaftar yang mempunyai kawasan selamat.
No comments:
Post a Comment