Pages

Thursday, 8 November 2012

E4161 : U12 : REKABENTUK MODEL PANGKALAN DATA RANGKAIAN

Pengenalan 

Semasa mengkaji model pangkalan data hierarki, satu masalah telah timbul iaitu tidak dapat mewakilkan hubungan banyak ke banyak (M:M). Ianya tidak mengikut piawaian industri. Keadaan ini telah menggalakkan semangat untuk membangunkan teknologi pangkalan data dan model data. Pada akhir 1960an sebuah organisasi yang bertanggungjawab untuk COBOL , Conference of Data System Language (CODASYL) telah memperkenalkan Database Task Group (DBTG) untuk mengkaji piawaian DBMS.

Model pangkalan data rangkaian telah diperkenalkan sebagai penambahbaikan kepada model pangkalan data hierarki. Contoh model pangkalan data rangkaian dapat dilihat pada rajah 13.0


Rekabentuk pangkalan data rangkaian

Dalam model rangkaian, rekod paras bawah dikenali sebagai rekod ahli dan boleh dihubungkan kepada satu atau lebih bapa yang dikenali sebagai pemilik. Hubungan ini dikenali sebagai set. Satu set menunjukkan perhubungan satu ke banyak di antara rekod-rekod.


Merujuk pada contoh model pangkalan data rangkaian pada rajah 13.0, jenis rekod adalah SALESREP, CUSTOMER, PRODUCT, INVOICE, PAYMENT dan INV_LINE. INVOICE menjadi rekod ahli pada dua pemilik SALESREP dan CUSTOMER. Rekod INV_LINE juga mempunyai dua pemilik iaitu PRODUCT dan INVOICE. Hubungan oleh satu pemilik juga boleh dimasukkan dalam model rangkaian. Hubungan ini adalah antara CUSTOMER dan PAYMENT.


Definisi
Model data rangkaian terdiri dari beberapa jenis rekod dan dihubungkan melalui petunjuk.


Ciri-ciri Model Pangkalan Data Rangkaian 
  1. Model rangkaian lebih flexible kerana maklumat boleh diperolehi melalui banyak cara. 
  2. Model rangkaian boleh mewakili jenis hubungan banyak ke banyak, M:M. 
  3. Setiap pemilik tidak terhad kepada hubungan satu arah sahaja dan setiap rekod boleh mempunyai lebih dari satu hubungan. 
  4. Setiap hubungan diantara rekod ahli dan rekod pemilik dihubungkan melalui petunjuk. 

Struktur data pangkalan data rangkaian: 

Struktur pangkalan data rangkaian terbahagi kepada 3 bahagian iaitu:

i. Rekod
Rekod mengandungi sekumpulan data yang berhubung kait. 

ii. Jenis rekod
Jenis rekod merupakan penyelaras rekod yang menerangkan struktur sekumpulan rekod bagi menyimpan maklumat yang sama jenis.

iii. Item data
Item data merupakan medan atau atribut. Ianya mengandungi nama dan format.


Data Base Task Group (DBTG) telah menyediakan tiga jenis bahasa untuk Model Rangkaian iaitu: 

  1. Skima bahasa definisi data 
  2. Subskima bahasa definisi data 
  3. Bahasa manipulasi data


Skima bahasa definisi data (skima DDL)

Skima bahasa definisi data merupakan bahasa yang menerangkan struktur Pangkalan Data Rangkaian iaitu skima dalaman. Rajah 13.4 digunakan untuk menulis skima DDL bagi pangkalan data perpustakaan.


Bahasa manipulasi data 
Mengandungi satu set operator untuk memanipulasikan pangkalan data rangkaian. Kebanyakan arahan DML menggunakan dua langkah sahaja. Arahan FIND digunakan untuk mengenalpasti rekod yang dikehendaki dan arahan GET digunakan untuk operasi yang dikehendaki. Sebagai contoh, arahan GET digunakan untuk membaca rekod. Ringkasan arahan CODASYL/DBTG ditunjukkan dalam jadual 13.1



No comments:

Post a Comment