Pages

Tuesday, 6 November 2012

E4161 : U1: Sistem Pengoperasian

Pertama kali saya mempelajari E4161, perasaan seronok mula menular, kerana saya memang meminati dan sentiasa untuk mempelajari tentang komputer. inilah apa yang saya pelajari di E4161.


Kegunaan Komputer


Definisi Sistem Pengoperasian

Sistem pengoperasian boleh didefinisikan sebagai suatu aturcara kawalan utama sesuatu komputer.  Ia memperuntukkan antara muka pengguna yang mentafsirkan perintah yang dimasukkan oleh pengguna,  menjadualkan kerja,  menguruskan storan dan mengendalikan komunikasi dengan persisian.  Semua pengguna mesti berkomunikasi dengan sistem pengoperasian.

Kegunaan Sistem pengoperasian
Di antara kegunaan Sistem Pengoperasian ialah :-

                      i.        Memastikan kerja-kerja pengguna dapat dilakukan dengan teratur
                     ii.        Mentafsirkan perintah-perintah pengguna
                    iii.        Mengendalikan sebarang ralat yang terdapat
                   iv.        Mengendalikan input output
                    v.        Mengendalikan sampukan
                   vi.        Menguruskan ingatan

Sistem Pengoperasian terbahagi kepada 4 jenis
  1. Sistem Berkelompok
  2. Sistem Multipengaturcaraan
  3. Sistem Perkongsian Masa 
  4. Sistem Agihan
Contoh- contoh Sistem Pengoperasian
  1. MS-DOS (PC-DOS) O.S - Single-user, single process. 
  2. Linux
  3. Unix O.S - multi-user time sharing O.S. 
  4. iRMX86 o.s. - real-time o.s oleh intel. 
  5. WINDOWS 
  6. OS2 dan lain-lain lagi.

No comments:

Post a Comment