Komoditi utama bagi satu sistem komputer adalah maklumat. Aturcara sistem, penterjemah, utiliti, pengawal dan kerja pengguna sama ada ianya di dalam bentuk aturcara sumber, kod objek atau gabungan data, semuanya adalah sebahagian dari keseluruhan maklumat yang perlu diproses dan disimpan oleh sistem komputer.
Secara fizikalnya semua maklumat ini disimpan di dalam storan sebagai satu jujukan bit. Sistem pengoperasian memudahkan penggunaan dan penyimpanan maklumat tersebut dengan menggabungkan ke semua bit yang berkaitan membentuk apa yang dinamakan sebagai ‘fail’ yang boleh dicamkan dengan menggunakan satu nama tertentu.
Pengurusan fail adalah satu tugas sistem pengoperasian yang utama.
Objektif Pengurusan Fail.
- Membenarkan fail dicipta dan dipadam.
- Membenarkan fail dibaca dan ditulis.
- Menyediakan pengurusan ruang ingatan sekunder (di luar pengetahuan pengguna).
- Merujuk fail dengan nama simbolik. (pengguna tidak perlu tahu kedudukan fizikal fail)
- Melindungi fail daripada kecacatan system.
- Membenarkan perkongsian fail tetapi juga melindungi fail daripada dicapai oleh penggu na yang tidak berkenaan.
- Transmisi di antara ingatan utama dan sekunder.
KONSEP DAN REKABENTUK
Direktori Fail
Masalah yang utama dalam pengurusan fail adalah untuk memetakan nama fail kepada lokasi fizikalnya dalam peranti fail. Penyelesaian bagi masalah ini dapat dicapai dengan menggunakan direktori fail.
Terdapat tiga jenis direktori :
Tiap-tiap pengguna akan disediakan dengan satu direktori fail pengguna (DFP).
Maklumat-maklumat yang disimpan dalam DFP ialah :
Direktori Satu Paras
Bagi sistem yang menggunakan direktori satu paras hanya terdapat satu direktori sahaja di dalam sistem. Semua fail fail yang terdapat di dalam sistem berada di dalam direktori ini. Jadi struktur data bagi menyimpan maklumat mengenai satu fail dapat dibuat dengan mudah.

- satu paras
- dua paras
- multi-paras
Tiap-tiap pengguna akan disediakan dengan satu direktori fail pengguna (DFP).
Maklumat-maklumat yang disimpan dalam DFP ialah :
- nama-nama fail
- lokasi fizikal fail di dalam peranti fail
- jenis-jenis fail
- maklumat-maklumat pemeliharaan
- maklumat-maklumat pentadbiran (masa terakhir fail dikemaskinikan)
Direktori Satu Paras
Bagi sistem yang menggunakan direktori satu paras hanya terdapat satu direktori sahaja di dalam sistem. Semua fail fail yang terdapat di dalam sistem berada di dalam direktori ini. Jadi struktur data bagi menyimpan maklumat mengenai satu fail dapat dibuat dengan mudah.
Direktori Dua Paras
Bagi satu sistem fail yang menggunakan penyusunan direktori dua paras, cara yang ditunjukkan di dalam Rajah 7.1 di atas tidak boleh digunakan. Contoh direktori dua paras ialah Dec Sistem.
Direktori Multi-Paras
Bagi satu sistem yang menggunakan penyusunan direktori multi-paras entri bagi satu direktori mesti mengandungi maklumat bagi menentukan samada entri tersebut adalah satu fail atau satu direktori. Contoh bagi direktori multi-paras ialah Unix dan Multics.
No comments:
Post a Comment